Financial Times
Financial Times

Financial Times

Financial Times (FT) adalah sebuah suratkhabar perniagaan antarabangsa berpusat di London, United Kingdom. Ia adalah suratkhabar harian yang diterbitkan di Borough of Southwark, London.[2][3][4] Syarikat penerbitan Pearson merupakan memegang saham FT terbesar. FT juga memiliki 50% saham di dalam The Economist, sebuah majalah kewangan antarabanga yang juga berpangkalan di London.Diasaskan pada tahun 1888 oleh James Sheridan dan Horatio Bottomley sebagai London Financial Guide. Ia telah bersaing dengan empat suratkhabar yang berorientasikan kewangan. Pada tahun 1945, ia telah bergabung dengan pesaing tempatan Financial News yang diasaskan pada tahun 1884. Hasil pergabungan itu, akhbar itu diberi nama Financial Times. FT mengkhusus di dalam berita perniagaan dan kewangan. Dicetak sebagai satu broadsheet pada kertas light salmon paper, FT adalah satu-satunya akhbar di UK membekalkan laporan penuh harian pada London Stock Exchange dan pasaran-pasaran dunia.FT dibaca oleh 2.2 juta orang di seluruh dunia mengikut kajian PriceWaterhouseCooper pada November 2011. Laman sesawang FT.com mempunyai 4.5 juta pengguna berdaftar serta 285,000 langganan digital dan 600,000 pengguna berbayar. FT Chinese mempunyai 1.7 juta pengguna berdaftar. Edisi dunia akhbar Financial Times mempunyai edaran harian mencecah 293,000 (yang mana 88,000 diedarkan di UK) dari 1-28 Oktober 2012.Pesaing utamanya adalah The Wall Street Journal yang berpengkalan di New York City, Amerika Syarikat.